Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Doktor Hospital Machang maut kemalangan

DOKTOR MAUT KEMALANGAN 3
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan di jalan pintas Alor Hijau, Pasir Puteh, hari ini.-UTUSAN ONLINE

PASIR PUTEH 18 Mei - Seorang pegawai perubatan Hospital Machang maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Pintas Alor Hijau - Tok Bok dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku apabila mangsa, Dr Mohd. Faizal Rozali, 34, dikatakan cuba mengelak daripada sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang pelajar.


Difahamkan pelajar tersebut secara tiba-tiba ke jalan utama daripada satu persimpangan.


Ekorana daripada itu, mangsa yang memandu kereta jenis Mitsubishi EVO terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh beberapa batang pokok.


Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, sepasukan lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk menyelamat mangsa yang dilaporkan terperangkap dan tersepit dalam keretanya.


Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pengawai perubatan selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada. 


“Anggota kami mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Identiti mangsa dikenali berdasakan Mykadnya yang beralamat Kampung Baru 1, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain