Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.30 malam berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Kecil di sini.

Empat jentera bersama 35 anggota dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.

Tiga BBP itu melibatkan Kuala Terengganu, Jalan Kota serta Marang.

Jurucakap bomba berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya, setakat pagi ini kerja-kerja memadamkan api masih diteruskan dan tiada kecederaan dilaporkan. - UTUSAN ONLINE