Pertambahan jumlah mangsa itu berikutan beberapa kawasan di Rompin dinaiki air termasuk di pulau peranginan terkenal, Pulau Tioman ekoran hujan berterusan kadangkala lebat sejak semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Jumlah tersebut membabitkan dua daerah iaitu Rompin dan Pekan.

“Di Rompin, dua PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Leban Chondong dan Sekolah Kebangsaan Kampung Tekek, Pulau Tioman.

“Di Pekan pula ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, PPS Kampung Pulau Manis, Balai Raya Kampung Tanjung Pulai, SK Acheh dan PPS Kampung Lamir,” kata portal itu. - UTUSAN ONLINE