Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu berlaku selepas kanak-kanak berkenaan yang datang ke kedai runcit bersama ibunya memasukkan tangannya ke dalam mesin itu bagi mengambil mainan yang dibeli.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Hashnuddin Hussin berkata, bomba yang tiba sejurus selepas menerima panggilan daripada orang awam mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa.

“Anggota bomba bertindak memecahkan mesin tersebut dengan menggunakan alatan khas sehingga jari kanak kanak itu dapat dikeluarkan tanpa mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE