Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan itu amat penting dilakukan bagi memastikan komuniti di Pasir Gudang khususnya di kawasan sekolah dan perumahan selamat daripada sebarang risiko yang membahayakan nyawa.

“Agensi berkaitan juga perlu bekerjasama untuk memastikan kawasan industri berdekatan Pasir Gudang tidak berterusan menjadi ancaman kepada alam sekitar di sana.

“Langkah proaktif perlu dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta agensi kerajaan lain untuk memastikan keselamatan orang awam terjamin. Inilah yang dimahukan oleh orang ramai ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lam Thye turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar serta mengancam nyawa penduduk di Pasir Gudang.

Katanya, sikap ‘sudah terhantuk baru tengadah’ perlu dielakkan memandangkan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang bukanlah yang pertama kali berlaku.

Kes pencemaran udara di Pasir Gudang telah memaksa Kementerian Pendidikan menutup semua 475 institusi pendidikan di kawasan tersebut sehingga bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap insiden tersebut. - UTUSAN ONLINE