Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Nasion Raby Tagik, 26, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, mangsa difahamkan sedang memasang kerangka besi di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di situ.

Katanya, cuaca ketika itu mendung dab dalam keadaan berangin.

“Mangsa terus rebah selepas dipanah petir yang terkena tepat pada kepalanya.

“Rakan sekerja termasuk bapa mentua mangsa yang kebetulan berada berhampiran sempat mendakap tubuh Nasion daripada jatuh ke bahagian bawah bangunan di situ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTSUAN ONLINE