MUHAMMAD SYAFIQ SYAHMI MOHAMMAD SAUFFI (kiri) bersama adiknya,
MUHAMMAD SYAFIQ SYAHMI MOHAMMAD SAUFFI (kiri) bersama adiknya, Muhammad Afiq Anaqi Mohd. Azmi.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Muhammad Syafiq Syahmi sedang bermain de­ngan adik tirinya, Muhammad Afiq Anaqi Mohd. Azmi berusia lapan bulan sebelum memanjat meja kopi tersebut sebelum terjatuh di kaki lima kuarters ber­kenaan kerana tingkap dibuka memandangkan ibunya, Salina Rahim, 33, sedang memasak.

Insiden tersebut berlaku terlalu pantas sehinggakan Salina tidak sempat berbuat apa-apa kecuali menjerit kerana ketika kejadian, suaminya yang juga bapa tiri mangsa, Mohd. Azmi Uwandi, 27, berada di ruang tamu.

Muhammad Syafiq Syahmi meninggal dunia di tempat ke­jadian dan dikebumikan di Ta­nah Perkuburan Islam Sungai Manggis, Banting iaitu di kampung bapa kandungnya.

Dalam pada itu Mohd. Azmi ketika dihubungi berkata, wa­laupun bapa tiri tetapi dia menganggap Allahyarham se­perti anak sendiri.

“Arwah memang sangat menyayangi adiknya, tetapi baru-baru ini ketika bergurau, dia ada menyebut jika dia tiada, siapa yang hendak bermain dengan adiknya. Saya tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami,” katanya.

Sementara itu bapa kan­dung kanak-kanak itu, Mohammad Sauffi ketika dihubungi enggan mengulas panjang kerana masih terkejut dengan insiden yang menimpa anaknya selain perlu menjaga hati banyak pihak.

“Apa yang boleh saya katakan, saya sudah agak lama tidak berjumpa dengan anak saya kerana bekas isteri yang membelanya dan berita diteri­ma semalam amat mengejutkan, tetapi sebagai orang Islam saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.