Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 tengah hari melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Taman Kerian Permai.

Menurutnya, ketika anggota bomba tiba, didapati rumah tersebut 30 peratus terbakar dan api marak di tingkat bawah kediaman.

“Terdapat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun terperangkap di tingkat atas dan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

“Mangsa mengalami sesak nafas dan melecur pada kedua-dua tapak tangan. Mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE