Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Nasir Sahbiai berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 9.20 pagi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan

bahagian ruang tamu dan mangsa terperangkap di dalam bilik tingkat atas.

"Anggota bomba memakai alat pernafasan dan masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan mangsa.

"Mangsa ditemukan dalam bilik dan berjaya dibawa keluar dengan selamat.

"Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan dan dihantar ke hospital menaiki ambulans," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE