Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi, kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan separuh sedar dan mengalami sesak nafas selepas terhidu asap.

Wanita warga emas tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan jiran.

Dua anak perempuan mangsa yang berumur 19 dan 16 tahun serta seorang anak lelaki berumur 12 tahun ditemukan oleh anggota bomba, berada di tingkat atas.

Jurucakap bomba berkata, kebakaran bermula dari tingkat bawah rumah berkenaan pada ruangan tempat sembahyang di tokong di bahagian ruang tamu.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dengan dibantu oleh BBP Ipoh, telah melakukan pemadaman menggunakan air dari tangki jentera sehingga kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Mangsa dibawa ke hospital dengan menaiki jentera Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) serta ambulans hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE