Operasi yang membabitkan 12 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan itu dimulakan kira-kira pukul 3 petang yang turut melibatkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ketua BBP Sekinchan, Khairul Anuar Abu Bakar, ketika ditemui di sini mengesahkan kejadian itu selepas pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 2.40 petang.

"Usaha mencari dan menyelamat itu dilakukan di sekitar perairan Sekinchan. Malah, nelayan-nelayan  tempatan turut membantu usaha pencarian itu.

"Bagaimanapun setakat pencarian dilakukan sehingga pukul 6.30 petang ini, kita tidak menemukan mangsa yang berasal dari Kampung Tali Air 6, di sini" katanya.

Bagaimanapun, usaha pencarian itu katanya ditangguhkan sehingga pukul 8 pagi esok berikutan keadaan laut yang gelap. - UTUSAN ONLINE