Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan berselekoh sebelum terbabas.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, bas ekspres dari Larkin Sentral itu juga melanggar pembahagi jalan lalu terbalik di bahu jalan berkenaan.

“Lima penumpang yang cedera ringan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak manakala empat lagi termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kes terbabit disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. -UTUSAN ONLINE