Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, bas membawa pelancong warga Singapura dan Thailand itu dinaiki 18 penumpang, dua pemandu bas dan seorang pemandu pelancong.

Mangsa yang maut difahamkan adalah wanita warga Thailand.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, kemalangan tersebut membabitkan bas dinaiki penumpang warga asing itu dan sebuah kereta.

"Penumpang bas seramai 21 orang termasuk pemandu di mana lima orang cedera dan seorang maut. Kesemua mereka adalah warga Thailand dan Singapura," katanya. - UTUSAN ONLINE

 

[8.32 PM] TAIPING 22 Mac - Sebuah bas ekspres yang membawa 17 penumpang bersama dua pemandu terbabas dan jatuh ke dalam cerun di Kilometer 228.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.50 petang itu, tiga penumpang wanita yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah.

Kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.

Berita lanjut menyusul. - UTUSAN ONLINE