Anaknya, Muhammad Hafiz Ismail berkatanya, bapanya meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi.

“Saya berada di sisi bapa ketika dia menghembus nafas terakhir dan sempat mengajarnya mengucap.

“Jenazah bapa akan dikebumikan hari ini bersebelahan kubur tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan selepas solat asar,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keadaan ibunya, Zarina Yong, 44, yang turut cedera dalam kemalangan kelmarin semakin pulih dan masih dirawat di Hospital Taiping. - UTUSAN ONLINE