Dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu mangsa Juhar Zakaria, 41, sempat mengejutkan isteri serta enam anaknya berusia 13 hingga dua tahun daripada rentung.

Juhar berkata, kebakaran itu disedarinya selepas terhidu bau asap dan dikejutkan dengan bunyi api yang sedang marak membakar dinding.

Menurutnya, dia kemudian terus mengejutkan ahli keluarga untuk menyelamatkan diri.

“Selepas itu saya masuk kembali ke dalam bilik untuk mengambil dokumen penting, tangan saya rasa amat panas, tangan saya terbakar, saya tak dapat ambil dokumen.

“Apa marak dengan begitu cepat, saya tidak sempat menyelamatkan segala harta benda kerana api marak dengan begitu cepat.

“Begitu juga dengan dua buah motosikal dan basikal milik anak-anak turut gagal diselamatkan,” katanya di sini hari ini.

Juhar yang bekerja sebagai buruh binaan memberitahu, dia lega apabila semua ahli keluarganya terselamat daripada kebakaran itu.

Katanya, buat masa ini dia dan keluarga menumpang di rumah sepupu. - UTUSAN ONLINE