Seorang penduduk, Mohamad Farhan Abdullah, 34, berkata, sekiranya tidak diatasi peristiwa sama pada tahun lalu akan berulang dengan limpahan air najis yang keluar daripada loji berkenaan.

“Masalah ini pernah berlaku dan langkah penyelesaian masih gagal disempurnakan pihak berwajib terutamanya berkaitan saliran dan longkang.

“Kami risau masalah sama berulang dan ianya sudah pasti akan menjejaskan rutin harian penduduk setempat, ” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE