KUALA LUMPUR 14 Nov. - Penduduk di sekitar Sungai Serai, Hulu Langat terpaksa berpindah ke pusat pemindahan selepas kawasan berkenaan dinaiki air setinggi satu kaki berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kawasan berkenaan mula dinaiki air sejak pukul 12 tengah hari.
“Bilangan penduduk yang berpindah belum dapat dipastikan kerana mereka bergerak sendiri dari kediaman ke dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Batu 10.
“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE