Menurut Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata, peningkatan itu melibatkan 29 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara sekitar Hulu Langat.

“Seramai 17 keluarga dengan jumlah 73 orang ditempatkan di Kompleks Penghulu Batu 10 dan Balai Raya Batu 10.

“Manakala 12 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 51 orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hujan lebat yang berlaku di Hulu Langat, semalam sehingga mengundang banjir kilat menyebabkan 60 penduduk terdiri daripada 19 keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan sementara tengah malam tadi berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air. - UTUSAN ONLINE