Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel Zainal Yusoff berkata, semua mangsa yang sebelum ini ditempatkan di Dewan Serbaguna Desa Wawasan  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, katanya, seramai 162 mangsa melibatkan 45 keluarga dari Kampung Setajam masih ditempatkan di balai raya kampung tersebut.

''Sehingga kini, APM meneruskan langkah berjaga-jaga dengan 10 anggota yang turut dibantu anggota polis dan bomba serta seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

''APM turut dilengkapi kemudahan sebuah kenderaan pacuan empat roda, bot dan lori. Pasukan bomba juga menyediakan sebuah lori dan bot bagi meneruskan operasi menyelamat mangsa banjir di daerah Rompin," katanya di sini hari ini.

Zainal, menasihati penduduk di kawasan rendah dan berisiko supaya sentiasa memantau perubahan paras air sepanjang minggu ini yang dijangka mengalami hujan lebat.

''Keadaan banjir di daerah tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan penutupan laluan jalan raya yang menghubungkan Segamat di Johor," katanya. - UTUSAN ONLINE