Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairilizhar Norazmi berkata, setakat ini pihaknya menggerakkan beberapa aset untuk operasi tersebut iaitu sebuah bot Penggalang 35 serta pesawat Bombardier CL415.

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat turut terlibat dengan menggerakkan bot masing-masing.

“Selain itu, operasi ini turut dibantu oleh nelayan yang mencari menggunakan bot kelas B dan bot fiber,” katanya.

Salah seorang daripada individu yang dilaporkan hilang adalah tekong bot pancing tersebut, Kharulanuar Arshad, 39.

Lima yang lain ialah, Mohamad Ramli, 57, Mohd. Salihin Ibrahim, 52; Mohamad Nazri Abdul Hamid, 47; Azmi Raif Mohd. Noh dan Ah Onn.

Sementara identiti seorang lagi pemancing belum diperoleh. - UTUSAN ONLINE