Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, ular seberat 15 kilogram tersebut tersangkut pada serawan pukat yang terdapat di sebuah reban ayam milik tuan rumah, Mohd. Razi Ishak.

Menurut jurucakap APM daerah, pusat kawalan menerima panggilan kecemasan berhubung kes penemuan ular sawa dan tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.

“Seramai empat anggota yang diketuai oleh pegawai, Azizah Md. Zain, mengambil masa selama 20 minit sebelum berjaya melepaskan ular berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap itu, haiwan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE