Dalam kejadian pukul 6.55 petang itu, mangsa, Ku Helmie Ku Azhar, 24, yang memandu kereta Perodua Myvi itu bersendirian, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Tok Pulau menghala ke Tambun Tulang melalui Jalan Teras UMNO.

Difahamkan, semasa insiden berlaku, mangsa dari anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sedang bercuti.

Jurucakap polis berkata, akibat rempuhan itu, kereta berkenaan dikatakan berpusing manakala mangsa yang masih bujang tercampak keluar daripada kenderaan tersebut seterusnya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew mengesahkan kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE