Kemalangan pada pukul 1.11 pagi itu menyebabkan anggota Balai Polis Sentral Ipoh, Muhammad Nadzrul Nadzri, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu dalam perjalanan ke utara untuk pulang ke kampungnya di Bandar Baharu, Kedah.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang kiri sebuah lori yang berada di lorong kiri laluan sama.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 36 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat dan mendapati kematian mangsa akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan patah pelbagai tulang,” katanya. - UTUSAN ONLINE