Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, anggota JPJ berusia 30-an menyalakan lampu siren untuk meminta laluan ketika lampu isyarat merah.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berusia 40-an tidak menyedari lampu siren yang dinyalakan anggota JPJ terbabit seterusnya berlaku perlanggaran di antara kedua-dua kenderaan.

“Kedua-dua pemandu cedera dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

“Keadaan lalu lintas adalah terkawal dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE