Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa, Pegawai Bomba Bantuan Mohd. Syafiq Md. Yunos, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Punggai, Pengerang, selepas selesai bertugas.

Menurutnya, sejurus menerima laporan pada 8.59 malam, seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar bersama-sama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang mengalami patah kaki dan putus pergelangan tangan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 2.15 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta Proton Gen2, seorang lelaki bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitenden Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian kemalangan itu pada 9.30 malam tadi. - UTUSAN ONLINE