Azman Endan
Azman Endan

Bapa pelajar tersebut, Azman Endan, 40, berkata, anaknya, Muhammad Ashraf,11, sepatutnya berada di asrama terbabit namun dibawa pulang olehnya selepas anaknya itu mengadu mengalami alahan kulit.

“Setiap minggu, saya pasti akan melawat anak saya di pusat tahfiz tersebut namun petang semalam ketika berjumpa dengan Ashraf, dia mengadu mengalami gatal-gatal kulit.

“Berikutan itu, saya terus berjumpa Ustaz Yusof salah seorang warden asrama yang turut terkorban untuk membawa pulang anak saya bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Azman, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dimaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh salah seorang ibu pelajar yang terkorban dalam kejadian itu.

“Sebaik sahaja saya mengetahui mengenai kejadian, tanpa berlengah saya bersama seorang lagi bapa salah seorang pelajar yang terkorban terus ke lokasi kejadian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE