Seri Paduka berharap pihak berkuasa dapat membantu membina semula rumah musnah dalam kebakaran tersebut.

“Takziah buat keluarga mangsa kebakaran. Al-Fatihah, semoga roh dicucuri rahmat dan berada bersama orang solehin dan mutaqin,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang disampaikan menerusi kakitangan Istana Abdul Aziz, Abdul Rahim Othman hari ini.

Abdul Rahim juga merupakan jiran kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, tiga beranak ditemukan rentung manakala empat cedera dan seorang selamat.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anaknya, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, serta Muhamamd Adam Daniel, 7. - UTUSAN ONLINE