Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said berkata, kesemua mangsa ditemukan selamat dengan bot yang dihanyutkan kira-kira 30 batu nautika dari kawasan mereka dilaporkan hilang.

“Maklumat awal menyatakan mereka berjaya membaiki kerosakan itu dan ditemukan komuniti nelayan ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Sala.

“Namun bekalan minyak yang ada tidak mencukupi untuk mereka meneruskan perjalanan pulang. Pada masa ini, bekalan minyak sedang dihantar kepada mereka dan bot itu dijangka sampai ke jeti kira-kira pukul 5 petang,” katanya.

Mereka yang terlibat dalam kejadian itu adalah tekong bot tersebut, Kharulanuar Arshad, 39 serta enam pemancing iaitu Mohamad Ramli, 57, Muad Salihin Ibrahim,52, Mohd Nazri Abd Hamid,46, Azmi Raif Mat Noh,46, Jasni Daud,45, dan Thai Kean Onn, 49.