Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi selepas berlaku tumpahan minyak kelapa sawit yang dibawa oleh sebuah lori yang melalui jalan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat diterima pada pukul 8.45 pagi, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang diketuai oleh Herudin Ealhi telah menjalankan operasi pembersihan jalan berkenaan.

“Tumpahan minyak sawit itu berlaku sepanjang 4 kilometer dari pusat komersial, Kuching City Mall sehingga ke persimpangan lampu isyarat Batu 4,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua kemalangan yang berlaku tidak melibatkan sebarang kecederaan serius pada mangsa atau pengguna jalan raya yang terlibat.

Katanya, operasi membersihkan tumpahan minyak selesai pada pukul 10.58 pagi. - UTUSAN ONLINE