Dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 tengah malam itu, kesemua rumah berkenaan musnah kira-kira 100 peratus.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan bomba bertindak segera ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Sebaik sahaja Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bersama 17 anggota ke lokasi kejadian menggunakan dua buah jentera pemadam, tangki air serta dibantu tujuh anggota bomba sukarela Merotai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pasukan berkenaan membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan.

“Pasukan keselamatan turut mengesahkan tiada kecederaan mangsa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota bomba dan operasi itu berakhir tiga jam kemudian,” katanya kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE