Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, empat mangsa itu terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak namun identiti mereka belum dapat dikenal pasti.

Menurut beliau, tiga mangsa iaitu dua dewasa dan satu kanak-kanak ditemukan rentung di dalam tandas dan ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan manakala seorang lagi kanak-kanak ditemukan di tingkat bawah.

"Kita menerima panggilan kira-kira pukul 6.08 pagi tadi dan seramai 20 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setakat ini aktiviti memadam kebakaran masih dijalankan dan rumah ini musnah hampir 60 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE