Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 2.47 pagi.

“Setibanya di lokasi, api sedang marak dan anggota melakukan kerja pemadaman terhadap bangunan yang terlibat. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.55 pagi dan tiga buah unit rumah kosong musnah 100 peratus manakala sebuah unit rumah kedai dua tingkat musnah 70 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih lagi siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE