Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kebakaran tersebut melibatkan rumah atas air dalam keluasan kira-kira 0.40 hektar musnah 100 peratus.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.42 pagi dan terus dikejarkan ke lokasi kejadian melalui jarak empat kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.

“Sebanyak 18 anggota termasuk pegawai diarahkan dengan menggunakan empat buah jentera dan dua utiliti bagi mengawal kebakaran itu.

“Pasukan bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut untuk memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan diisytihar selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, operasi dilaporkan terkawal dan tamat sepenuhnya pada pukul 4.32 pagi.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE