Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, bas dinaiki 32 individu termasuk dua pemandu serta seorang bayi itu sedang dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Kuala Perlis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, ekoran kemalangan itu, pemandu bas berkenaan cedera parah di bahagian kepala sementara 31 penumpang lain masing-masing dipercayai mengalami cedera parah dan ringan.

“Kita masih belum dapat jumlah yang mengalami cedera parah dan ringan kerana ketika pegawai penyiasat trafik sampai di lokasi kejadian, ramai mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE