Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.58 pagi.

Ujarnya, berikutan itu, sebanyak 40 pegawai dan anggota dari tiga balai bomba tiba di lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Hasil siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah lot kedai berkenaan sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE