Utusan Borneo melaporkan, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran pada pukul 4 pagi itu dipercayai bermula dari peralatan yang disambung dengan solar panel persendirian.

Menurutnya, kebakaran merebak dan meranapkan lima pintu berkenaan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan penghuni berjaya menyelamatkan diri.

“Perjalanan ke lokasi kebakaran mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan hanya dapat diakses menerusi jalan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Jumlah kerugian dalam kejadian itu mencecah lebih RM300,000. Mangsa ketika ini amat memerlukan bantuan segera termasuk perkakasan dapur (tong gas), bahan mentah masakan, barang mandian dan pakaian dewasa dan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN ONLINE