Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Abd Fatah Abd Rahman berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam dan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mangsa ialah Mohd. Khairul Idham Ilias, 31, dari Kampung Merbau Pulas Daerah Kulim dan A. Justin, 32, dari Taman Desa Bidara, Kuala Ketil daerah Baling.

“Mohd Khairul Idham adalah seorang peniaga kedai jualan pakaian terpakai manakala Justin pula adalah pemandu lori,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, semasa kemalangan berlaku, Mohd. Khairul Idham dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Merbau Pulas manakala Justin pula dari arah bertentangan.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE