Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, BBP Segamat, BBP Ayer Hitam, BBP Gemas dan BBP Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Penolong Pegawai Bomba Muhammad Hazim Abdul Razak yang juga Ketua BBP Bandar Baru Segamat berkata, pihaknya hadir dengan enam jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati kebakaran telah memusnahkan 70 peratus termasuk mesin kilang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Jelasnya, kebakaran melibatkan hampas biji sawit yang terbakar di luar bangunan dan kemudiannya merebak ke bahagian dalam bangunan.

“Angin yang kuat, sumber air yang terhad menyebabkan kemarakan api,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE