Jurucakap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima batang pokok telah tumbang lalu menghempap rumah penduduk.

"Tiga batang pokok tumbang di kawasan lapang manakala 120 batang pokok pula tumbang sehingga menyebabkan halangan lalulintas termasuk tiga yang menghempap kereta.

"Kejadian ribut ini juga telah mengakibatkan kerosakkan di bahagian bumbung hampir 206 buah rumah di sekitar Seberang Perai," katanya di sini hari ini.

Menurutnya kejadian ribut berpunca daripada ekor taufan Lekima itu menyebabkan taburan hujan berjumlah 53 milimeter dengan kelajuan angin 100.8 kilometer sejam dan berlaku antara 10.30 malam hingga 12.30 malam semalam.

"Tiada kejadian banjir dilaporkan berlaku dan petugas MPSP giat menjalankan kerja-kerja pembersihan sejak pukul 10.30 malam semalam," katanya.

Tambahnya, sebanyak dua pusat pemindahan telah dibuka di Seberang Perai Tengah iaitu di Masjid Kuala Juru yang menempatkan 22 orang daripada empat keluarga.

"Satu lagi pusat pemindahan di Dewan Kafa Kuala Juru pula menempatkan sembilan orang daripada dua keluarga," katanya. -UTUSAN ONLINE