12 jam bertarung nyawa, wartawan Kosmo meninggal dunia
Samsul Bahari Mohamed

Mangsa, Samsul Bahari Mohamed, 46, yang mengalami pendarahan di kepala sebelum itu dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Jeli sebelum di bawa ke HRPZ II.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.08 petang semalam, motosikal jenis Yamaha 125 yang ditunggang Samsul Bahari dipercayai bergesel dengan sebuah treler yang berada di bahu jalan sebelah kiri.

Akibat pergeselan itu, mangsa hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan berlaku di Kampung Gemang, Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, petang semalan.

Ketua Polis Jeli, Deputi Superitenden Yusof Jaafar berkata, akibat perlanggaran itu mangsa juga patah lengan kiri dan lutut di kaki kirinya juga hancur.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Lanas selepas selesai program di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut, “ katanya. –UTUSAN ONLINE