Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Pudu, Jalan Hang Tuan dan Cheras berjaya menyelamatkan kebakaran merebak ke kawasan lain berdekatan.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba L. Prakash berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.46 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Seramai 30 anggota bersama empat Fire Rescue Tender (FRT) masing-masing dari Bandar Tun Razak, Pudu, Jalan Hang Tuan dan Cheras termasuk satu Jentera EMRS, ALP (Automatic Ladder Platform) dan dua buah tanker.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan rumah teres separuh kekal kelas `B’ berkeluasan 15x70 kaki persegi setiap satu rumah. Kebakaran menyebabkan hampir 60 peratus di tingkat satu,” katanya.

Prakash memberitahu, tiada kemalangan jiwa berlaku dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.27 pagi. Kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 7.50.

“Bahagian penyiasatan kebakaran telah hadir di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE