Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semasa kejadian semua penghuninya sempat menyelamatkan diri selain tiada di rumah.

Seorang mangsa, Rubiah Ibrahim, 67, berkata, ketika kejadian rumahnya kosong kerana dia bersama-sama ahli keluarga lain berada di warung anaknya kira-kira 300 meter dari rumahnya.

"Saya dimaklumkan kejadian kebakaran oleh seorang pemandu lori yang singgah untuk minum di warung anak saya, namun tidak menyangka rumah yang terbakar itu rumah saya.

"Saya hanya mengetahui rumah saya terbakar kira-kira 10 minit kemudian melalui seorang anak saya setelah dimaklumkan oleh rakannya melalui aplikasi whatApps," katanya kepada Utusan Online, di sini sebentar tadi.

Jirannya pula, Munawir Omar, 60, hanya menyedari kejadian itu setelah mendapati asap memasuki rumahnya dari rumah mangsa ketika berehat di ruang tamu rumahnya.

"Saya bergegas keluar dan mendapati api sedang marak sebelum bertindak memaklumkan kepada jiran lain dan pihak Bomba.

"Saya bersyukur tindakan pantas jiran-jiran dan pihak bomba mengawal api berjaya menyelamatkan rumah serta harta benda jiran-jiran bersebelahan," katanya. - UTUSAN ONLINE