Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika kes itu disebut buat pertama kali di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Collin menetapkan tarikh bermula 8 hingga 11 Julai, 15 hingga 17 Julai, 5 hingga 8 Ogos, 19 hingga 22 Ogos dan 10 hingga 12 September.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 66 tahun yang diwakili barisan peguam yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik itu mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula yang mengambil masa kira-kira sejam.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - UTUSAN ONLINE.