Noraniza Jelani, 30, didakwa secara bersama dengan bekas suaminya memeras ugut seorang lelaki untuk mendapatkan wang dengan menuduh mangsa menghantar video lucah kepadanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Mohamad Nazri di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Ahmad Ghazali memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM15,000 untuk semua pertuduhan namun tertuduh membuat rayuan atas alasan menyara ibu bapa.

Hakim Sitarun Nisa kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 9 Mac ditetapkan untuk sebutan semula. - UTUSAN ONLINE