Perintah reman terhadap pemimpin muda politik berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini. Turut direman bersama Haziq Abdullah ialah lima lagi individu.

Reman yang dikeluarkan bermula hari ini hingga 20 Julai ini dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap suspek berumur dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - UTUSAN ONLINE