Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Seremban, Nur Hayatie Mohd. Saini di Mahkamah Khas Reman di sini pagi tadi.

Permohonan tersebut dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Karmila Mokhtar.

Kedua-dua suspek berusia 28 dan 29 tahun yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada pukul 10.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Lelaki yang mengaku sebagai pekerja TNB itu ditahan pada pukul 4.20 petang semalam di pejabat SPRM negeri di sini selepas menerima suapan RM1, 000.

Rakannya pula ditahan pada pukul 8.50 malam di lokasi dan hari sama selepas menerima RM500 dipercayai hasil suapan itu daripada suspek pertama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD.RAZAK AID