Mohammed Nizar Mohd. Najib yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri itu dan seorang individu bernama Mohd. Shahrir Arifin akan menjadi penjamin kepada Ahli Parlimen Pekan.

Mahkamah juga membenarkan jaminan berkenaan dibayar secara ansuran dan diselesaikan pada atau sebelum 28 September ini.

Jumlah jaminan itu akan dibayar mulai esok sebanyak RM1 juta dan diikuti RM500,000 untuk hari-hari seterusnya sehingga selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 November ini. - UTUSAN ONLINE