Video oleh BASIR ABU BAKAR

Kesemua 25 kes pertuduhan tersebut ialah masing-masing empat tuduhan rasuah seba-nyak RM2.3 bilion libatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Najib turut berhadapan 21 kes pertuduhan melibatkan dirinya dalam pengubahan wang haram didakwa membabitkan nilai lebih RM4.3 bilion.

Sementara itu, sekumpulan lebih 60 orang penyokong Najib diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi menyatakan solidariti terhadap Najib yang dikatakan tidak melalui proses pengadilan yang sewajarnya.

Menurut Lokman, himpunan dikenali Solidariti4NajibRazak dibuat sebagai tanda sokongan dan prihatin rakyat terhadap nasib yang dihadapi bekas Perdana Menteri bersabit pelbagai tuduhan yang bersifat fitnah.

“Kami mengutuk, membantah keras tindakan SPRM yang dilihat telahpun diperalat untuk menjayakan agenda pihak ter-tentu yang berkepentingan.

“Selain pertuduhan kononnya dibuat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat keizinan bagi men­dakwa daripada Pejabat Peguam Negara, kami juga mempertikai SPRM kerana gagal bertindak bebas sebagai pihak berkuasa yang sewajarnya lebih bebas dan berkecuali,” katanya ketika ditemui selepas ketuai perhimpunan Solidariti4NajibRazak, di sini hari ini.