Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­congan, Perdagangan dan Ke­penggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, daripada jum­lah tersebut 259 kes sudah diselesaikan hingga 23 Ogos lalu.

“Kebanyakan kes yang diselesaikan itu melibatkan 31 kes penipuan perancang perkahwinan dan 28 kes berkaitan penipuan daripada dua syarikat perabot terkenal di negeri ini.

“TTPM masih mempunyai 99 kes tuntutan yang belum selesai dan prosesnya sedang berjalan,”katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan Karnival Jualan Mega Muafakat Johor sempena Expo Johor Berkemajuan 2017 di Menara Ansar di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor, Khairul Anwar Bachok dan Penolong Setiausaha Kanan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, Hishamu­ddin Abdul Rahim.

Siew Kiong memberitahu, pi­haknya menerima 28 aduan melibatkan ketidakpatuhan award manakala 24 kes lagi membabitkan sesi pendengaran yang dijalankan.

Katanya, lokasi sesi pende­ngaran berkenaan melibatkan 19 kes di Johor Bahru, dua kes ma­sing-masing di Batu Pahat dan Muar sementara satu kes lagi di Kluang.

Beliau berkata, tarikh pendengaran terakhir adalah pada 23 Ogos lalu dan sebarang pertanyaan untuk TTPM boleh berhubung 01-227155/07-2271766.