ABDUL HAMID HASIM
ABDUL HAMID HASIM 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas ketiga-tiga rumah tersebut masing-masing terbakar kira-kira 90 peratus, 60 peratus dan 20 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhammad Shukri Hashim berkata, seramai 20 orang anggotanya sambil dibantu anggota BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 10.04 pagi.

“Sejurus tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian, anggota mendapati api marak di salah sebuah rumah di situ sebelum bertindak mengawalnya daripada merebak ke kediaman lain.

“Namun, dua rumah yang terletak bersebelahannya turut terbakar sebelum kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.16 pagi,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bijaya Setia, Abdul Hamid Hasim, 56, berkata, api dipercayai bermula dari rumahnya.

“Kejadian berlaku ketika isteri saya, Salmah Rahim, 52, sedang dalam perjalanan menuju ke pasar berdekatan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, seorang jiran menghubunginya dan memaklumkan rumah kami terbakar,” katanya.

Tambah Abdul Hamid, punca kebakaran belum diketahui namun laporan mengenai kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Tikam Batu, di sini untuk siasatan lanjut pihak berkuasa. - UTUSAN ONLINE